Skip to main content

TRAVELOG : BALI

This is my first travelog yang  aku cuba untuk tulis supaya dapat membantu para wanita atau lelaki diluar sana yang sudah mula ketagih untuk backpack, travel or jalan-jalan. Aku mulakan trip backpack aku yang pertama di Bali. As usual, aku pergi dengan my best partner in crime, Husna. Kami pergi berdua sebab waktu tu aku baru lepas kena dumped jadi aku kira ini adalah momen yang sesuai untuk pergi tenangkan diri.

So, our plan was fly to Bali and kembali ke Kuala Lumpur melalui Surabaya selama 6 hari 5 malam. 

As a plan, kami pergi October 2015 . Tak ingat exactly date tapi dapat tix murah dari Malindo yang berharga RM 99.00 untuk ke Bali and ticket dari Surabaya  (AirAsia) around RM 79.00. Dah book ticket, go to the next step which is book hostel/homestay/hotel budget. Masa tu, first time tak tahu pasal hostelworld and booking.com so gunalah Trivago. Semua proses tempahan dah buat maka marilah kita pack our beg!

Day 1

  • Tiba di Ngurah Rai International Airport jam 10 malam
  • Begpack aku tersangkut dekat tempat pungutan beg and kecoh bergema satu airport. 
  • After a few process, kami berdua mencari teksi untuk ke Ubud. 
  • Selepas nego harga kami berjaya mendapatkan teksi kesana
  • Perjalanan lebih kurang 1 jam dan kalau di Bali, mereka tidak menggunakan gelaran pak atau mas tetapi 'Bli'
  • Sampai di kawasan homestay, UBUD. Try cari receptionist tapi dah lewat malam sah lah dah tidur. Minta tolong bli yang hantar tadi call kan receptionist and berjaya!
  • So check in and tidur.
Tips: Kalau niat nak ke Ubud and sampainya dah tengah malam silalah bermalam di Kuta terlebih       dahulu sebab pemandu teksi akan cas berlebihan. Ubud ialah satu kota yang mati waktu malam hari tapi penuh dengan seni dan budaya.



Day 2

  • Bangun pagi dan dihidangkan breakfast diluar kamar. 
  • Get ready untuk check out kerana kami ada satu hobby iaitu 'hostel/homestay hopping'
  • Jumpa semua receptionist and staff cakap terima kasih. Teruskan perjalanan ke homestay yang lain. 
  • Berjalan lebih kurang jauh lah juga dan akhirnya sampai ke Ojek's Homestay
  • Tunggu giliran untuk check in dan didatangi seorang staff bernama Amee (lelaki) yang tolong kami berdua mengangkat begpack yang berat ke bilik.
  • Get ready and sewa motor yang berharga 50,000 IDR untuk satu hari. 
  • Berjalan sekitar Ubud. Pergi ke Pasar Tradisional Ubud dan jalan-jalan cuci mata.
  • Di Indonesia, kalau nak start enjin kena tolak tongkatnya dulu ya teman-teman. (*Husna tak boleh nak start enjin lepastu minta tlg budak lelaki depan indomaret tu and malu sebab cuma tolak tongkat jerk rupanya. Hahahahhaa)
  • Kena tahan dengan pak polisi sebab ikut laluan yang bertentangan. Hahhahaa tapi selamat jangan risau
  • Waktu malam jam 6 dah gelap sangat jadi kitorg cuma jalan jalan cari makan tapi secara jujur Bali sangat susah nak cari makanan yang halal. 



Tips: Waktu malam dekat Ubud ada satu persembahan tarian. Memang setiap malam ada tapi aku dengan Husna tak sempat nak tengok sebab terlepas waktu persembahan.





Day 3

  • Breakfast disediakan sebab dah include sekali dengan harga bilik. 
  • Naik motor pergi ke Tegalalang. Niat dihati nak tengok sawah padi yang cantik and paling terkenal kat Ubud. Perjalanan lebih kurang 1 jam. 
  • Sepanjang perjalanan kami dihidangkan dengan pemandangan hijau yang sangat cantik. Apa yang aku boleh sampaikan ialah ia satu perjalanan yang cukup menenangkan hati.
  • Sampai di Tegalalang, tangkap gambar and satu peristiwa yang menyebabkan aku nak berpatah balik.
  • Dalam keseronokan mencuci mata melihat pemandangan yang hijau dan sangat cantik, aku tak perasan satu lopak air yang besar dan BUSH! hampir semua bahagian kaki kiri aku basah akibat terjatuh. 
  • Balik dan terus tanya Buk nak pinjam berus sebab nak cuci kasut. Kena gelak dengan semua staff but its a funniest thing after all.
  • Makan sari mi (maggi) then pack nak check out untuk ke Kuta. 
  • Untuk ke Kuta sebenarnya boleh naik bas mini tapi kami pilih untuk menggunakan perkhidmatan drop yang Ojek's Homestay sediakan. Lebih kurang 180000 IDR untuk satu mobil. Jimat masa dan tenaga.
  • Perjalanan yang mengambil masa selama 1 jam berakhir apabila kami sampai betul betul di tangga hostel kami iaitu Bed's Bunker. 
  • Check in dan keluar untuk mencari package yang menarik untuk berjalan sekitar Bali. Kami berjaya negotiate harga dan pergi menaiki motorsikal menuju ke Uluwatu temple. Aku terpengaruh nak tengok Kecak dance.
  • Makan malam kami di Jimbaran. Dekat sini makanan agak mahal jadi kalau yang memang datang dengan budget yang sangat rendah digalakkan jangan makan kat sini. Dekat Kuta ada a few kedai makan yang halal cuma kena pandai cari dan tanya staff kat hostel masing-masing.
  • Balik dan terus tidur. 


Day 4
  • Bersiap untuk ke Tanah Lot temple. Naik motor juga.
  • Jauh tapi memang puas hati and satu perjalanan yang sangat seronok sebab Bli Komeng terangkan dekat semua kawasan yang kitorg lalu. Berbaloi
  • Bila masuk kena bayar terus untuk parking sahaja and nak masuk dalam tanah lot pun kena bayar tiket masuk. Seriously tak ingat harga dia.
  • Pusing around tanah lot. Actually, tempat nie sangat cantik kalau dilihat untuk lihat sunset atau sunrise. 
  • Balik hostel check out and directly pergi ke Bus Station dekat Denpasar. Tunggu bas kami (Restu Ilmu) ke Surabaya. 



Tips: Boleh beli tiket dekat area Kuta. Harga bas 200000 IDR dan satu perjalanan yang sangat menarik. Mula dari bas, feri dan bas balik. Diorang sediakan makanan sekali jangan risau. sangat worth it.




Day 5
  • Sampai Surabaya jam 5 pagi. Dah terang sikit. Amik teksi ke tempat hostel. 50000 IDR. 
  • Check in hostel dan bantai tidur. Lama gila kitorg tidur sampai petang. Gain energy.
  • Bangun siap-siap terus keluar cari makanan dekat luar. Kitorg naik Angkot (boleh google rupa dia mcm mana). Tapi kena tanya orang juga Angkot tu aliran mana. 
  • Pusing surabaya tak lama sebab hari dah gelap and waktu malam surabaya sangat mati ye.
  • Dapat nasi goreng pedas bungkus dengan keropok, kami pun balik naik angkut sekali lagi.
  • Makan, kemas barang and tidur.

Tips: Bila naik angkut kalau nak turun kena cakap 'Pak, Kiri! Pak!'. Itu yang paling penting.

Day 6
  • Breakfast jemput2x tauhu goreng. Sedap gila. Made by owner hostel. 
  • Bersiap dan check out. 
  • Naik teksi ke bandara (airport). 
  • Flight pagi jadi awal lah geraknya. 
  • Get ready balik Malaysia.
Tips: Masa check in nanti jangan bawa backpack kalau tak beli luggage sebab nanti diorang cas terus. Surabaya punya airport sangat strict sebab dia check beg melebihi 7kg ataupun tak. 




P/S: Ini permulaan bagi kami berdua jadi banyak kekurangan dari segi pengalaman dan bajet tapi untuk next trip agak smart sikit sebab dah pandai agak. 

Till then. 


Comments

Popular posts from this blog

Coretan

Bismilahirahmanirahim.. Akhirnya aku kembali menaip. Bukan senang nak cari and kumpul idea nak menulis then bagi orang baca. Bukan senang. Kita nak kena tapis dulu ada tak yang typo atau dengar macam pelik-pelik. Lagipown hidup aku sekarang nie macam bosan. Menjalani kehidupan lifeless. Bangun pagi breakfast then do the chores. Buat lunch family watching televison and eating and reading a lot and a lot. Dengar lagu buka internet layan Facebook layan Twitter, blogging and reblog the Tumblr and check email. Sesekali jerk keluar lepak dengan kawan-kawan. Kongsi sana sini tapi masa kebanyakkan dihabiskan dalam rumah sahaja. Bak kata omputih spent time with your family make life more precious. Precious sangat bila ayah sibuk kerja and mak and adik-adik baca novel juga. End up aku golek-golek sorang-sorang dalam bilik macam orang gila. Event kenduri kahwin pon dah tak boleh ikut sebab alasan paling kukuh dah besar kan tak yah lah ikut buat malu jerk. Krik krik krik krik. Bila a...

Gili Trawangan

Trip Ke Gili Trawangan dibuat hanya untuk memenuhi permintaan Husna yang nak sangat pergi dekat Ombak Sunset. Semua orang mengetahui akan keistimewaan yang terdapat di Gili Trawangan. Pastinya semua mengetahui akan kecantikkan air lautnya dan juga keramahan lokalnya. Yang paling best semua makanan seafood di Gili sangat murah. Bayangkan anda dapat makan ikan yang besar set nasi air dengan hanya 20000IDR. Gila kan! Disini saya akan kongsikan serba sedikit trip kami. Perjalanan kami bermula dari Kuala Lumpur. Seperti biasa kami mengambil flight pagi supaya dapat jimat masa untuk berjalan disekitar Lombok. Ticket flight Airasia KUL-LOMBOK berharga RM159. Ini harga promo jadi saya sangat menggalakan anda beli ticket dengan harga promo. Kami sampai ke Lombok tepat jam 12 dan flight kami delay selama 1 jam. Kami dijemput Pak Supir dari Rinjani Resort, homestay yang kami bakal duduk sebelum menuju ke Gili. Pak Supir membawa kami jalan-kalan ke kampung suku kaum sasak. Kami berpeluan...

Jaded

All I want to do is grow old with you Having a tea time with you, Read a good fairytale stories to our grandchildren, Hold your hand, and walk on the street together. But All you want to do is grow old with her Kissing her forehead, Hug her by your arms, Write and recite poem about her and dance all the nights with her. Give me some more times Give me a lot of years, to tell the truth in my heart about How much you want her How much you need her How much you love her And To forget how special your presence in my whole life, To forget that you are the love of my life. I am Jaded until then. syakila hisam