Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2012

PUSING

Pusing kiri Pusing kanan Pusing tengah Okay itu tipu Pusing tepi balik Nampak dia Pusing mana-mana Aik! Dia lagi Pejam mata Muncul dia lagi Ah! Tidur jelah. Mimpi pusing-pusing Tapi masih ada dia Sah! Aku ada hati dengan dia.

HATI

Hati seorang emak 'Jangan menaruh harapan pada orang yang tak suka kita' 'Buang perasaan suka tu jauh-jauh' 'Menjatuhkan maruah seorang perempuan Bie' 'Pergi pada orang yang sayang kita lebih dari sayang diri dia sendiri' 'Kelak hidup lebih bahagia' 'Jauhkan diri dari semua benda yang mengingatkan kita pada dia' 'Perasaan tu boleh pudar lama-lama' 'Doa mak sentiasa ada pada korang semua' Hati seorang aku '' Jauhkan diri dari sebarang benda yang ingat pada dia bukan satu kerja senang sebab jauh dari dia bermaksud tinggalkan semua perkara yang aku sangat suka. Dia seperti aku. Aku nampak diri aku disebalik diri dia. Kebetulan yang sangat memeritkan hati''

NAMA

Aku ada nama Nama aku satu baris tapi ada 4 patah perkataan Aku ada satu nama tapi banyak panggilan Satu nama banyak panggilan Dari permulaan sampai akhir Tak satu pun tertinggal Pelik dengan nama panggilan Dari SYA ke KILA Dari KILA ke ILA Dari ILA ke YONG YONG? Jangan tanya aku kenapa Ada sebab tersendiri Yang aku pun tak pasti Ada satu lagi nama yang aku sendiri pelik SHARK? Jerung? Aku bukan jerung tapi Aku akan jadi jerung Bila ada orang jual ikan.

PESANAN

"Saya rasa sedih dan kesal. Kenapa hanya  orang Melayu sahaja yang cuba menjatuhkan  Raja? Kenapa bangsa lain takda buang masa  membuat benda bodoh dan lebih focus  terhadap untuk berjaya dalam hidup. Saya  nak tengok apa akan jadi kepada melayu  kalau negara yang kita sayang ini jadi macam  Singapura. Kalau dah susah, jangan sibuk  nak mencari Raja. Stop living life in a dream.  Wake up and start facing the facts. Learn to  Appreciate what You have and Bersyukur!" -  Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Idris ibni  Sultan Ibrahim Ismail

TADAH

Tadahkan saja telinga kiri Tadahkan saja telinga kanan Mendengar amarah sang manusia Bertubi-tubi Bertalu-talu Tadahkan saja wahai telinga Dengarkan saja hembusan sang manusia Meluahkan lahar-lahar api keramat Membunuh Menikam Merobek Jantung setiap yang mendengar Diamkan saja mulut Bukan bererti lemah Namun amarah itu api Dan api itu SYAITAN. Jangan jadi seperti syaitan itu. Berbicara lah seperti hamba Allah. Tenangkan jiwa Dan berbicara.

SESAT

Assalamualaikum.. Pembuka bicara kata. Cuti sem nie memang membunuh diri dan jiwa aku sampaikan nak baca buku pun tak de mood. Aku rasa sebab aku banyak pikir benda nie. Banyak sangat sampai rasa fedup dengan life aku sendiri sampai aku rasa cukuplah sampai sini. aku nak mengalah. hati aku dah penat. TAPI Aku lupa AKU ADA ALLAH. Jadi aku tak boleh mengalah. Aku harus kuat.