Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2012

SUKA

Bismillahirahmanirahim... Aku punya sukalah aku nak tulis apa sebab itu diri aku. Aku punya sukalah nak gelak kuat2x ke sebab itu diri aku Aku punya sukalah nak pakai apa sebab aku suka. Macam sekarang aku punya sukalah nak tulis apa sebab aku tengah tak betul otak tengah keliru masalah banyak mendatang tapi aku cuba cari penyelesaian. Kau pikir senang jadi aku? Kau pikir senang aku nak handle dengan semua orang? Kalau perangai manusia dalam muka bumi nie semua mcm kau sumpah wei aku rela mati terjun lombong dari hidup dengan dunia manusia serupa kau. Susah nak handle orang macam kau. Dahlah cerewet konon tak nak lah konon okay lah. Aku bagi penampar kan apa pon tak dapat kau nie. so. kau please diam.

Pedih

Assalamualaikum... Hati pedih bila kasih ditolak Hati pedih bila barang kesayangan hilang Hati pedih bila kegemaran dibawa lari Dan hati pedih bila dia berpaling menjauhi kita. Perasaan bercampur baur Semua resah. Sudahlah jiwa. Jangan pandang ke arahnya Kerana Hati dia terukir sesuatu yang berharga Hati dia bertatukan sebuah nama Hati dia memanggil kerinduan seseorang Hati dia seperti aku Memanggil dan menanti yang tak pasti Yang penting Barang berharga dia itu bukanlah aku. SYAKILA HISAM

BINTANG

Salam. Aku terbang menuju ke bintang Patah sayap lalu hujan mendatang Apakah bisa impian dicapai dengan senang Atau hidup ini tidak ada bisa yang tenang. Cuba engkau perhatikan ia Seakan memanggil namamu kesana Adakah semua bintang-bintang ada yang punya? Atau adakah sebuah bintang untukku telah tercipta.? Indah sungguh malam damai ini Seakan aku tidak mahu masa berganjak lagi Apakah ini hanyalah mimpi Mencari ilusi dalam fantasi Aku mahu temankanmu melihat bintang Agar kita berdua dalam keadaan tenang Daripada kacau bilau yang mendatang Dan kita berkongsi harapan agar impian kita takkan hilang.  SYAKILA HISAM

KOSONG

Salam.. Aku merenung syiling. Kosong. Putih sahaja yang aku nampak. Aku tenung lagi. Sekali lagi kosong. Kosong mcm jiwa aku sekarang. Terasa kosong sangat. Kenapa? Aku sendiri tidak tahu mengapa. Perihal dunia memang pelik. Bila aku pandang kanan ada tompok hitam dalam putih bila aku pandang kiri pon sama. Apa sudah jadi pada dunia yang aku impikan. Dunia yang aku sayang. Ouh sudah tercemar rupanya. Tercemar dengan apa. Tercemar dengan budaya mereka yang makan menggunakan sudu dan garpu pada awal zaman. Mereka yang menjajah negara kita waktu dulu kala. Ouh mereka sudah lupa rupanya. Alahai kosong. Bila lah hitam kembali putih lagi. Aku rasa hanya harapan yang tingggal. Kosong segalanya. Tamat cerita.

BEBAS

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM... AKU SUKA NAMA AKU.  Apa ertinya kehidupan kalau tak tau tujuan?  Hidup mau cari untung, Kalau rugi menyusahkan diri. Buat apa bertanya orang Buat dulu baru tau Kalau gagal bukan mati. Buka minda buka fikiran Jangan kolot nanti ketinggalan Style aku Cara aku Buat apa kau nak sibuk? Hidup ini umpama kertas Terpulang pada kau nak mencorakkannya Yang penting kau ada wawasan Jangan ikut rentak orang. Yang penting hidup mau enjoy Hidup mau happy Hidup mesti ranggi. Kalau gagal salah engkau  Bukan orang lain. Tetapkan tujuan dan fikiran Jangan fikir 2 kali. Peluang datang hanya sekali Percaya pada diri sendiri Bangunlah semua Majukan diri. SYAKILA HISAM.