Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2011

On Leave

Bismillahirahmanirahim... ''The reason- Hoobastank'' Sebenarnya aku tak tahu nak taip apa. Sendiri punya hak milik badan pon tak tahu nak tulis apa. Apa punya manusia lah aku nie. Serabut semuanya sampai boleh putus fius kalau hadap benda yang aku sendiri tak tahu lama-lama. Sem-break selalunya tak lama tapi aku tak tahu lah pasal apa tempat aku belajar nie dia punya cuti mak datuk boleh buat badan aku bertambah berat dari hari ke hari. Dalam waktu cuti nie aku muhasabah diri aku. Aku semak balik apa yang aku dah buat setahun nie. Rasanya macam-macam rempah ratus garam gula black pepper cheese powder aku dah lalui sepanjang nie. Tapi entahlah mcm aku cakap tadi aku sendiri terapung-apung kat awan lagi apa yang aku nak dalam kehidupan aku nie. Urgh! crisis life!  Sepanjang dah berapa hari aku cuti nie aku baca novel. Pelik bagi seorang penggemar komik tegar seperti aku nie membaca sebuah novel. Aku bukannya pembaca novel cinta mcm my siblings. Aku lebih suka

Sparkle

Bismilahirahmanirahim... "Take a look at me now" Sparkle?  Apa kaitannya kan. Entah lah. Sambil aku menaip sambil aku menonton movie Barbie "The magical Of Pegasus' sambil minum air teh yang adik aku buatkan just untuk pujuk hati aku jerk tu sebab she's hurting me today and a lot. Tapi air yang dicincang tidak akan putus kan. Satu hari aku ketandusan idea untuk buat aktiviti apa yang menceriakan hari aku saat-saat aku dekat rumah tapi minda aku masih menemui jalan buntu. Jalan mati. Ingin aku contengkan di atas sebuah kertas putih namun idea itu tidak akn timbul juga jadi apa yang harus aku buat selama sebulan lebih ini. Mencari sebuah pengalaman dengan berkerja atau menolong ibu di rumah. Buntu lagi yang aku temui.  Akhirnya hari ini aku menghabiskan masa aku dengan mendengar kesemua lagu artis pujaan ramai yakni pujaan ku jua. Mungkin ramai yang mengenali dirinya kerana popularitinya sejak akhir-akhir ini semakin meningkat saat demi saat. Siapa yan

Wanita

Bismillahirahmanirahim... Seorang kawan yang baik dengan pernah bertanya sesuatu pada aku. 'Boleh tak kalau aku nak freehair sebab aku rasa aku mcm hipokrit sangat pakai tdg''. Waktu itu aku mencari jawapan yang sesuai untuk diberikan padanya. Sedangkan diri aku pun masih jahil dan masih mencari sesuatu kebenaran apa yang patut aku katakan. Cukuplah sekadar nasihat ringkas dari diri aku. Aku tidak layak untuk menuturkan mana yang patut dilakukan oleh seseorang kerana itu adalah hak dan pilihan diri sendiri. Setelah sebulan berlalu barulah aku mendapat jawapannya. Sekadar perbualan antara seorang pemuda dan ustaz sudah memadai untuk diri aku dan juga jawapan bagi kawan aku itu. sumber google PEMUDA: Tidak semestinya wanita yang menutup aurat itu baik. Saya kenal beberapa orang wanita bertudung dan perangai mereka ada yang lebih teruk dari wanita yang tidak bertudung. Dalam pemikiran ustaz tersebut.. Berapa ramai wanita yang dikenalinya dalam usia semuda itu

Sekilas Pelayaran

Bismillahirahmanirahim... Hadirnya insan bernama manusia dalam hidup silih berganti. Ada antaranya amat diperlukan,amat dihargai. Ada juga yang tidak dijangkakan. Apakah maksud kehadiran seorang  lelaki dalam kehidupan seorang wanita.? Begitu juga sebaliknya. Di saat tidak perlukan teman daripada kalangan bukan sejenis didatangkannya  untuk kita. Ya ujian barangkali. Namun waktu itu sukar untuk kita berpijak pada nyata. Terlupa bahawa tidak semua yang Allah berikan itu adalah suatu takdir,boleh jadi ia didatangkan sebagai ujian semata. Kehadiran setiap individu dalam hidup ini perlu dinilai dari aspek yang berbeza. Ada yang baik untuk kita, dan mungkin juga sebaliknya. Kerana Allah itu sentiasa menduga keimanan hambanya. Sejauh mana kita benar-benar berpegang pada prinsip ketaatan kita pada-Nya. Nikmatnya sangat besar. Sama besar dengan uijan yang didatanginya. Mungkin pemberian-NYA membuatkan kita gembira,bahagia dan kita mula leka kembali dengan nikmat itu. Sedangkan ia mungkin h

Eid Ul-Adha

Bismillahirahmanirahim.. Assalamualaikum to all Muslim and hello to non-Muslim. How's your Eid Ul-Adha? Is it great to see the cows overthrown without knowing the history of why it was overthrown?. We are not being and live in our childhood anymore and that's why we have to know the history of Eid Ul-Adha. Take note at this quote 'The man who decided want to changed on the 12 hour died on the 11 hour'. I'm pretty sure most of you know the meanings behind this quote right and maybe some of you have heard this before but never practiced it right. It depends on the respective rights and I was just reminded as a Muslim and also as a guide for myself. If remembering the time when we was in religious school, Ustazah always talk about the stories of the Prophet and its kinda interesting for me and yeah I love Sirah actually because we know how and where and anything about our Prophets  in deep. Do you still remember the story of the Prophet in connection with this Eid Ul

Bless Birthday

Bismlillahirahmanirahim... Di keheningan malam yang dingin sambil membantu emak dan keluarga yang lain di dapur aku mencuri waktu untuk menaip di dalam blog aku yang tidak seberapa ini. Setelah berhempas pulas membasuh ayam bersama si dia yang menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-22 hari ini waktu ini sahaja yang ada untuk aku menceritakan serba sedikit tentang si dia yang disayangi itu. Ringkas sahaja aku katakan dia seorang wanita yang cukup sempurna dimata manusia. Dikurniakan akal yang bijaksana serta keterampilan yang mampu menarik mata jejaka diluar serta dikurniakan imah yang kukuh di dada sudah mampu membuatkan kami sekeluarga berbangga dengan dirinya. Doa ku buat diri si dia hanya satu agar segala kemahuan dan matlamat hidupnya tercapai dan Ya Allah lindungilah dirinya daripada hasad dengki manusia di muka bumi ini. Jauhilah kan dirinya daripada segala penderitaan mahupun kekecewaan. Sesungguhnya aku lebih menyayangi dirinya daripada diriku sendiri. BIRTHDAY CAKE

END

Bismillahirahmanirahim... Episod cerita kita berakhir dengan cara yang tak sepatutnyer kan. Ingatkan ada jodoh tapi nampaknya seakan takdir telah menentukan segalanya. Aku redha dengan ketentuannya. Mungkin kau bukan jodoh aku sejak dulu lagi. Dalam hati aku membawa segunung penderitaan namun pasrah dan redha saja jalannya. Sama-samalah kita menerima ketentuan yang telah tersurat ini. Insyallah Allah akan mengurniakan kita pasangan yang lebih baik. Sama-samalah kita berdoa untuk kebahagiaan masing-masing. Saya mendoakan yang terbaik untuk diri awak sebagaimana awak mendoakan yang terbaik untuk diri saya. ''Allah akan menemukan kita dengan orang yang salah sebelum menemukan kita dengan seseorang yang terbaik untuk diri kita. Itu yang pasti kerana segala yang berlaku di alam ini adalah ketentuanNYA. Kita sebagai manusia haruslah redha dan terima semuanya dengan tenang.'' syakila hisam

Grateful

Bismillahirahmanirahim... Blink 182- I Miss You Selamat pagi semua. Hari ini hari yang cukup sempurna untuk melakukan aktiviti harian kita seperti biasa. Bersyukurlah kerana kita masih lagi bernafas dan masih lagi mampu meneruskan hari-hari kita seperti biasa dan bersyukurlah dengan segala nikmat yang Allah berikan pada kita dan janganlah kita terlalu memilih dengan segala kurniaan itu. Seperti juga jodoh janganlah kita terlalu memilih kelak diri akan menyesal. Jika anda memancing ikan dan ikan itu telah terlekat di mata kail janganlah melepaskan ikan itu kembali hendaklah kamu mengambil ikan itu. Ini kerana ia akan sakit akibat dari ketajaman mata kailmu itu dan mungkin akan menderita selagi ia masih hidup. Begitulah juga jika kamu memberi banyak pengharapan pada seseorang setelah dia menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya dan janganlah kamu sesekali meninggalkannya begitu sahaja kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakannya sela

November Wishes

Bismillahirahmanirahim.. Ya Allah berikanlah aku kekuatan. Berikanlah aku kesabaran seluas samuderamu dalam menghadapi apa yang sedang ku hadapi saat ini.Ya Allah Diamku bukan bererti aku membenarkan sekalipun mengiyakan apa sahaja yang berlaku. Ya Allah ampunkan dosaku, dosa-dosa  kedua ibu bapaku, dosa guru-guruku, dan dosa sahabat-sahabatku. Selamatkanlah aku dari azab-azab kubur dan nerakaMu. Ya Allah, kau pimpinkanlah hatiku ini dalam mencari rahmat dan redhamu. Bantulah aku dalam membuat keputusan yang bakal merubah masa depanku. Ya Rahman, andai benar dia milikku, namanya yang tercatat di Luh Mahfuz menjadi pasanganku,dirinya yang telah Kau suratkan menjadi pembimbingku maka kau bukakanlah pintu hatinya untuk menerima diriku. Tenangkan hatiku andai keputusanku ini benar dan berikan petunjukmu agar aku tidak tersasar dari jalanmu Ya Robb. Namun, andainya bukan dia yang sepatutnya aku dampingi maka jauhikan aku dari dirinya,kuatkan hatiku untuk menerima ketentuanMu. Ker

WANITA

Bismilahirahmanirahim... Seorang anak-anak lelaki kecil bertanya kepada ibunya,' Mengapa ibu menangis? 'Kerana aku seorang wanita' kata ibunya 'Aku tidak mengerti' kata anak itu. Ibunya hanya memeluknya dan berkata 'Dan kau tak akan pernah mengerti' Kemudian anak lelaki itu bertanya kepada ayahnya, 'Mengapa ibu menangis tanpa alasan?' 'Semua wanita menangis tanpa alasan' hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya. Anak lelaki itu akhirnya membesar menjadi seorang lelaki tetapi ingin tahu mengapa wanita suka menangis. Akhirnya ia mendapat petunjuk dari Tuhan, Antara bisikan yang didengarinya adalah: 01. "Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa.  Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia;  namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan " 02. " Aku memberikannya kekuatan dari dalam  untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seri