Skip to main content

Grateful

Bismillahirahmanirahim...

Blink 182- I Miss You


Selamat pagi semua.
Hari ini hari yang cukup sempurna untuk melakukan aktiviti harian kita seperti biasa. Bersyukurlah kerana kita masih lagi bernafas dan masih lagi mampu meneruskan hari-hari kita seperti biasa dan bersyukurlah dengan segala nikmat yang Allah berikan pada kita dan janganlah kita terlalu memilih dengan segala kurniaan itu. Seperti juga jodoh janganlah kita terlalu memilih kelak diri akan menyesal.

Jika anda memancing ikan dan ikan itu telah terlekat di mata kail janganlah melepaskan ikan itu kembali hendaklah kamu mengambil ikan itu. Ini kerana ia akan sakit akibat dari ketajaman mata kailmu itu dan mungkin akan menderita selagi ia masih hidup.

Begitulah juga jika kamu memberi banyak pengharapan pada seseorang setelah dia menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya dan janganlah kamu sesekali meninggalkannya begitu sahaja kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakannya selagi dia masih hidup. Jika kamu menadah air biarlah berpada janganlah terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia terlalu teguh,cukuplah sekadar memenuhi keperluanmu. Apabila sekali ia retak tentu sukar untuk kamu menambalnya semula. Akhirnya ia dibuang sedangkan jika kamu memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakannya semula.




Begitulah juga jika kamu memiliki seseorang,TERIMALAH seadanya. Janganlah kamu mengaguminya dan menganggapnya terlalu istimewa.Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan kesilapan bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. Akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu boleh terus kekal hingga ke akhirnya.

Jika kamu memiliki sepinggan nasi yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan dan berkhasiat. Mengapa kamu berlengah cuba mencari makanan yang lain? Terlalu ingin mengejar kelazatan. KELAK nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya LALU kamu menyesal.

Begitu juga jika kamu bertemu dengan seseorang insan yang pasti membawa KEBAIKAN pada dirimu. MENYAYANGIMU dan MENGASIHIMU. Mengapa kamu berlengah MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain? Terlalu mengejar kesempurnaan...KELAK kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain LALU kamu juga akan MENYESAL.

Buatlah pilihan yang tepat bukan cepat.


syakila hisam


Comments

Popular posts from this blog

Bintang

Bismillahirahmanirahim. Kau bintang satu Kau bintang dua Kau bintang tiga Seribu bintang di langit semuanya kau. Semua terukir nama kau Semua terukir wajah kau Semua terukir senyum kau Sejauh-jauh bintang di langit Jauh lagi hati kau dari aku Lelaki jauh, Aku bukan bintang kau tapi Kau masih satu-satunya bintang hati aku. syakila hisam. P/s: Jelma waktu Terukir di Bintang menang AJL27. Tahniah Yuna and Aizat. You both are totally amazing. Congrat.

Coretan

Bismilahirahmanirahim.. Akhirnya aku kembali menaip. Bukan senang nak cari and kumpul idea nak menulis then bagi orang baca. Bukan senang. Kita nak kena tapis dulu ada tak yang typo atau dengar macam pelik-pelik. Lagipown hidup aku sekarang nie macam bosan. Menjalani kehidupan lifeless. Bangun pagi breakfast then do the chores. Buat lunch family watching televison and eating and reading a lot and a lot. Dengar lagu buka internet layan Facebook layan Twitter, blogging and reblog the Tumblr and check email. Sesekali jerk keluar lepak dengan kawan-kawan. Kongsi sana sini tapi masa kebanyakkan dihabiskan dalam rumah sahaja. Bak kata omputih spent time with your family make life more precious. Precious sangat bila ayah sibuk kerja and mak and adik-adik baca novel juga. End up aku golek-golek sorang-sorang dalam bilik macam orang gila. Event kenduri kahwin pon dah tak boleh ikut sebab alasan paling kukuh dah besar kan tak yah lah ikut buat malu jerk. Krik krik krik krik. Bila a...

Cinta itu Buta,Pekak dan Bisu

Cinta???... Cinta itu buta,pahit dan pedih tapi ia satu perasaan yg menyenangkan dan membahagiakan,.. Cinta itu manis dalam masam..mule2x masam tapi lame2x manis juga kan... Cinta itu aneh,sebab tibe2x jewk kite boleh jatuh cinta pada someone 2.. Cinta itu zalim apabila org yg dicintai meninggalkan kite... Cinta itu sentiasa ada cuma kita kena menyemarakkannya... Begitulah definisi cinta yang dapat P.E katakan disini..beberapa ayat yg sering ataupown acapkali diungkapkan oleh all people disekeliling P.E..uurmmhh!!...Cinta nie sgt lah merumitkan hidup kite kan..sangat kalut dan memperkotak-katikan hidup kite..itulah yang dpt P.E katekan disini tapi cinta itu pown membahagiakan hati dan jiwa kita..Kdg2x 2 hati nie mcm dlm SPRING jewk kan..;))..Itu P.E x sangkal lah. Tapi P.E yakin setiap manusia nie ade mksud yang tersendiri pasal cinta nie kan.Al-maklumlah P.E nie x lah byk sgt pengalaman pasal Cinta cintun nie..kahkahkah,,,   Blind Love  But for P.E Cinta itu Buta,P...