Skip to main content

Tengah Malam


Tak tahukah kau bahawa aku sedang menunggumu malam ini
ku selak helaian awan yang berarak
aku belek bulan, aku melilau di seluruh cakerawala
engkau tidak ada, aku hampa
kembali ke bumi, malam masih menyelimuti
Aku makin sepi
ku pejam mata, menjenguk batin, mungkin engkau di situ
pun aku hampa
Dan ku tulis sebuah sajak untukmu
di atas kertas putih bersih,
layangkan di angin agar sampai kepadamu
pun engkau tidak tahu
akukah pengembara yang gagal dan gagal
kalah dan kalah?
hilang dari pandangan
hilang dari ingatan
Itukah yang kau mahu aku lakukan?

aduh...
sakitnya penderitaan ini.

( hasil karya MEOR)

Comments

Popular posts from this blog

Gili Trawangan

Trip Ke Gili Trawangan dibuat hanya untuk memenuhi permintaan Husna yang nak sangat pergi dekat Ombak Sunset. Semua orang mengetahui akan keistimewaan yang terdapat di Gili Trawangan. Pastinya semua mengetahui akan kecantikkan air lautnya dan juga keramahan lokalnya. Yang paling best semua makanan seafood di Gili sangat murah. Bayangkan anda dapat makan ikan yang besar set nasi air dengan hanya 20000IDR. Gila kan! Disini saya akan kongsikan serba sedikit trip kami. Perjalanan kami bermula dari Kuala Lumpur. Seperti biasa kami mengambil flight pagi supaya dapat jimat masa untuk berjalan disekitar Lombok. Ticket flight Airasia KUL-LOMBOK berharga RM159. Ini harga promo jadi saya sangat menggalakan anda beli ticket dengan harga promo. Kami sampai ke Lombok tepat jam 12 dan flight kami delay selama 1 jam. Kami dijemput Pak Supir dari Rinjani Resort, homestay yang kami bakal duduk sebelum menuju ke Gili. Pak Supir membawa kami jalan-kalan ke kampung suku kaum sasak. Kami berpeluan...

My Muse

My muse, a dreamer he is. My muse, random thoughts occupy his mind. My muse, crazy girl he is. My muse, he's a lover. My muse, he's gonna be someone. But my muse, deary, you oughta learn to smile.

Dara dan Teruna

29/6/2013 1:51 am Ini hanyalah satu rekaan conversation yang tidak akan pernah berlaku antara seorang dara dan seorang teruna. Anda tidak dibenarkan menggambarkan sesiapa mahupun dimana. Tiada sesiapa yang akan bertanggungjawab diatas kekecewaan dan keretakan didalam hati anda. Ting tong. Seorang teruna melangkah masuk sambil tersenyum. Seorang dara tergamam. 'Bila balik Tanah Melayu?' Dara. 'Dah seminggu'. Teruna 'Ouh sampai bila cuti?' Dara. 'Sampai penghujung bulan tett mungkin'. Teruna 'Kenapa tak bagitau dah balik?' Dara. 'Ermmm..penting ke kena bagitau..' Teruna 'Penting. (baca: tegas) sebab saya nak tahu berapa lama lagi saya kena tunggu seseorang yang tak mungkin akan pandang saya sama macam saya pandang dia.' Dara Teruna pandang Dara. Diam. Kelu. Tiada jawapan. Ting Tong. Dara melangkah pergi. -syakila hisam