Skip to main content

Askar dan Musuh

Bismillahirahmanirahim...


Bagaimana harus aku mula dan ceritakan
Seringkali sahaja sukar untuk aku berbicara dan menulis tentang dia
Lidah aku kelu dan bisu
Tangan aku beku dan kejang
Dia lelaki  keras yang tegas
Ibarat seorang askar yang memantau tiap satu gerak-geri dan tapak musuhnya.

Bedanya musuhnya yang dipantau saban hari adalah musuh yang paling dia sayangi dan cintai.
Perhati secara diam tanpa sedar
Perhati tanpa diketahui oleh musuh tercintanya.

Dia tidak banyak bertanya dan jarang sekali berbicara dihadapan
tapi
musuhnya tahu dia itu bimbang dan khuatir dalam hati.
Dia kurang jelas tiap nama bidadarinya 
tapi dia tidak pernah terlepas tiap hari istimewa musuhnya
Katanya senapang sakti
Pesanannya pelindung besi

Tiap 4 Januari menjadi hari sejarah keramat lahirnya seorang bapa kepada 4 bidadari dan 1 bidadara.
56 tahun sudah genap usianya disamping seorang wanita jelitawan.
Musuh tercintanya ini ingin mengolah satu kata yang tidak dapat diungkap selama ini

''Aku mau jadi sepertimu duhai ayah
 Aku mau jadi hebat sepersismu duhai ayah
 Segala senapang sakti dan pelindung besi mu itu
 Aku mau sampai aku mati ''

Selamat hari lahir askar terhebat jua terkacak semoga yang Maha Perkasa memakbulkan tiap satu doamu dan kekalkan nyawamu kebal saban hari kerana musuh kecil ini tidak bisa hidup tanpa pantauan dari mata tajammu itu duhai ayah. Amin.
Dari yang sentiasa menyayangimu sepanjang hidup,
Musuhmu yang kecil lagi nakal dan paling comel, 
Nur Syakila Binti Hisam 



Mereka adalah darah yang mengalir di setiap tubuh aku.
Mereka adalah udara yang aku sedut saban hari.
Mereka berdua adalah orang tua kegemaran aku sampai aku mati. 

P/S : Anak-anak ayah semua sayang ayah dan emak sama banyak. Betul-betul sayang. Rasa nak menangis sambil taip benda nie untuk ayah. Sebak betul dada. Rindu ayah dengan emak. T'_T 


Comments

Popular posts from this blog

Gili Trawangan

Trip Ke Gili Trawangan dibuat hanya untuk memenuhi permintaan Husna yang nak sangat pergi dekat Ombak Sunset. Semua orang mengetahui akan keistimewaan yang terdapat di Gili Trawangan. Pastinya semua mengetahui akan kecantikkan air lautnya dan juga keramahan lokalnya. Yang paling best semua makanan seafood di Gili sangat murah. Bayangkan anda dapat makan ikan yang besar set nasi air dengan hanya 20000IDR. Gila kan! Disini saya akan kongsikan serba sedikit trip kami. Perjalanan kami bermula dari Kuala Lumpur. Seperti biasa kami mengambil flight pagi supaya dapat jimat masa untuk berjalan disekitar Lombok. Ticket flight Airasia KUL-LOMBOK berharga RM159. Ini harga promo jadi saya sangat menggalakan anda beli ticket dengan harga promo. Kami sampai ke Lombok tepat jam 12 dan flight kami delay selama 1 jam. Kami dijemput Pak Supir dari Rinjani Resort, homestay yang kami bakal duduk sebelum menuju ke Gili. Pak Supir membawa kami jalan-kalan ke kampung suku kaum sasak. Kami berpeluan...

My Muse

My muse, a dreamer he is. My muse, random thoughts occupy his mind. My muse, crazy girl he is. My muse, he's a lover. My muse, he's gonna be someone. But my muse, deary, you oughta learn to smile.

Dara dan Teruna

29/6/2013 1:51 am Ini hanyalah satu rekaan conversation yang tidak akan pernah berlaku antara seorang dara dan seorang teruna. Anda tidak dibenarkan menggambarkan sesiapa mahupun dimana. Tiada sesiapa yang akan bertanggungjawab diatas kekecewaan dan keretakan didalam hati anda. Ting tong. Seorang teruna melangkah masuk sambil tersenyum. Seorang dara tergamam. 'Bila balik Tanah Melayu?' Dara. 'Dah seminggu'. Teruna 'Ouh sampai bila cuti?' Dara. 'Sampai penghujung bulan tett mungkin'. Teruna 'Kenapa tak bagitau dah balik?' Dara. 'Ermmm..penting ke kena bagitau..' Teruna 'Penting. (baca: tegas) sebab saya nak tahu berapa lama lagi saya kena tunggu seseorang yang tak mungkin akan pandang saya sama macam saya pandang dia.' Dara Teruna pandang Dara. Diam. Kelu. Tiada jawapan. Ting Tong. Dara melangkah pergi. -syakila hisam