Skip to main content

Surat Untuk Kamu

Bismillahirahmanirahim..

Ke hadapan saudara yang dirindui,

Ceh cheesy habis yang dirindui tu.
Ehemm ehemmm *batuk banyak
Bagaimana ingin ku ungkapkan rindu jika kata rindu itu terlalu biasa maknanya.
Rinduku ini luar biasa
Sangat luar biasa macam hmmmm
Meh aku kongsi
Tiap raut wajah di sekeliling aku, sepertinya ada kamu disitu
Tiap bait lagu yang ku dengar, pastinya namamu dibibir
Tiap satu kata di atas kertas, kelihatan kau di celahnya
Tiap putihnya kanvas, wajahmu terlakar
Tiap halusnya udara yang ku sedut, kehadiran kau pasti terasa
Nampak bagaimana rindu hati aku yang luar biasa itu
Sungguh aku pelik
Sungguh aku aneh
Kejadian paranormal yang berlaku hanya untuk kau
Tapi aku bisa tahu
Kau yang ku rindui mana mungkin rasa apa yang luar biasa itu
Nak kata tak sedih itu tipu dan itu bukan aku
Ada satu lagi perihal yang luar biasa itu saudara
Disetiap jatuhnya dahi aku ke medan sejadah
Disetiap tingginya tangan aku menadah
Ada terselit satu nama bersama - sama nama yang lain
Nama yang bisa membuat nadi aku berhenti
Itu nama saudara.
Bahagianya kamu bahagia jualah aku.
Ini sahaja keratan patah perkataan dari aku untuk kamu.
Sekian.

Yang Benar,
Gadis

1.29am
syakila hisam


p/s : untuk orang yang ke 27,250 tweet aku tertera namanya. 


Comments

Popular posts from this blog

Gili Trawangan

Trip Ke Gili Trawangan dibuat hanya untuk memenuhi permintaan Husna yang nak sangat pergi dekat Ombak Sunset. Semua orang mengetahui akan keistimewaan yang terdapat di Gili Trawangan. Pastinya semua mengetahui akan kecantikkan air lautnya dan juga keramahan lokalnya. Yang paling best semua makanan seafood di Gili sangat murah. Bayangkan anda dapat makan ikan yang besar set nasi air dengan hanya 20000IDR. Gila kan! Disini saya akan kongsikan serba sedikit trip kami. Perjalanan kami bermula dari Kuala Lumpur. Seperti biasa kami mengambil flight pagi supaya dapat jimat masa untuk berjalan disekitar Lombok. Ticket flight Airasia KUL-LOMBOK berharga RM159. Ini harga promo jadi saya sangat menggalakan anda beli ticket dengan harga promo. Kami sampai ke Lombok tepat jam 12 dan flight kami delay selama 1 jam. Kami dijemput Pak Supir dari Rinjani Resort, homestay yang kami bakal duduk sebelum menuju ke Gili. Pak Supir membawa kami jalan-kalan ke kampung suku kaum sasak. Kami berpeluan...

My Muse

My muse, a dreamer he is. My muse, random thoughts occupy his mind. My muse, crazy girl he is. My muse, he's a lover. My muse, he's gonna be someone. But my muse, deary, you oughta learn to smile.

Dara dan Teruna

29/6/2013 1:51 am Ini hanyalah satu rekaan conversation yang tidak akan pernah berlaku antara seorang dara dan seorang teruna. Anda tidak dibenarkan menggambarkan sesiapa mahupun dimana. Tiada sesiapa yang akan bertanggungjawab diatas kekecewaan dan keretakan didalam hati anda. Ting tong. Seorang teruna melangkah masuk sambil tersenyum. Seorang dara tergamam. 'Bila balik Tanah Melayu?' Dara. 'Dah seminggu'. Teruna 'Ouh sampai bila cuti?' Dara. 'Sampai penghujung bulan tett mungkin'. Teruna 'Kenapa tak bagitau dah balik?' Dara. 'Ermmm..penting ke kena bagitau..' Teruna 'Penting. (baca: tegas) sebab saya nak tahu berapa lama lagi saya kena tunggu seseorang yang tak mungkin akan pandang saya sama macam saya pandang dia.' Dara Teruna pandang Dara. Diam. Kelu. Tiada jawapan. Ting Tong. Dara melangkah pergi. -syakila hisam