Skip to main content

Sekilas Pelayaran

Bismillahirahmanirahim...

Hadirnya insan bernama manusia dalam hidup silih berganti. Ada antaranya amat diperlukan,amat dihargai. Ada juga yang tidak dijangkakan. Apakah maksud kehadiran seorang  lelaki dalam kehidupan seorang wanita.? Begitu juga sebaliknya. Di saat tidak perlukan teman daripada kalangan bukan sejenis didatangkannya  untuk kita. Ya ujian barangkali. Namun waktu itu sukar untuk kita berpijak pada nyata. Terlupa bahawa tidak semua yang Allah berikan itu adalah suatu takdir,boleh jadi ia didatangkan sebagai ujian semata.

Kehadiran setiap individu dalam hidup ini perlu dinilai dari aspek yang berbeza. Ada yang baik untuk kita, dan mungkin juga sebaliknya. Kerana Allah itu sentiasa menduga keimanan hambanya. Sejauh mana kita benar-benar berpegang pada prinsip ketaatan kita pada-Nya. Nikmatnya sangat besar. Sama besar dengan uijan yang didatanginya. Mungkin pemberian-NYA membuatkan kita gembira,bahagia dan kita mula leka kembali dengan nikmat itu. Sedangkan ia mungkin hanya ujian kedua sama seperti yang pernah berlaku sebelum ini.

Juga kebarangkalian, itu merupakan satu balasan pada titik-titik noda yang pernah kita hadapi sebelum ini. Konsep kehidupan. Tidak semudah itu kita bisa merungkaikan apakah maksud sebenar akan sesuatu pemberian daripada Allah. Mungkin sesuatu yang kita suka itu tidak baik untuk kita. Ia mungkin dapat dilihat dapat membahagiakan jiwa namun sebaliknya.,berkemungkinan ia akan memakan sedikit demi sedikit keimanan kita.



Justeru? Apa perlu kita lakukan? Semestinya kita perlu muhasabah diri .Setiap yang berlaku itu perlu dirujuk kepada Allah. Bukan terus sahaja diambil mentah-mentah dalam hidup kita. Berhati-hati itu lebih baik dari terburu-buru. Namun kita hanya insan biasa. Kadang terlupakan-Nya. Dia sentiasa bersama kita. Dia lah yang menghidupkan pancaindera kita. Dia yang menguji kita. Dia juga yang membahagiakan kita. Dia yang membuat kita senyum. Dia yang membuat kita menangis. 

Bermuhasabahlah yang akan membawa kita lebih dekat dengannya. Bisakah kita senyum tanpa kebenarannya. Dia sangat kasih kepada kita. Cuma kita yang merasa jauh. dan tidak yakin akan kasih-Nya.
Insyallah jika niat kita suci,ikhlas semata-mata kerana-Nya dia akan mempermudahkan jalan hidup kita.


''Berat sungguh dugaan hidup aku hingga membuatkan aku terdiam membisu namun aku harus kuat kerana tiada sesiapa yang mampu menguatkan dalaman aku selain dari aku dan Allah. Sabar itu kemanisan iman''

syakila hisam




Comments

  1. sabar itu kemanisan iman.. betul tu.. sebab orang yg sabar sahaja dapat merasainya

    ReplyDelete

Post a Comment

Drop me your opinions

Popular posts from this blog

Gili Trawangan

Trip Ke Gili Trawangan dibuat hanya untuk memenuhi permintaan Husna yang nak sangat pergi dekat Ombak Sunset. Semua orang mengetahui akan keistimewaan yang terdapat di Gili Trawangan. Pastinya semua mengetahui akan kecantikkan air lautnya dan juga keramahan lokalnya. Yang paling best semua makanan seafood di Gili sangat murah. Bayangkan anda dapat makan ikan yang besar set nasi air dengan hanya 20000IDR. Gila kan! Disini saya akan kongsikan serba sedikit trip kami. Perjalanan kami bermula dari Kuala Lumpur. Seperti biasa kami mengambil flight pagi supaya dapat jimat masa untuk berjalan disekitar Lombok. Ticket flight Airasia KUL-LOMBOK berharga RM159. Ini harga promo jadi saya sangat menggalakan anda beli ticket dengan harga promo. Kami sampai ke Lombok tepat jam 12 dan flight kami delay selama 1 jam. Kami dijemput Pak Supir dari Rinjani Resort, homestay yang kami bakal duduk sebelum menuju ke Gili. Pak Supir membawa kami jalan-kalan ke kampung suku kaum sasak. Kami berpeluan...

TRAVELOG : BALI

This is my first travelog yang  aku cuba untuk tulis supaya dapat membantu para wanita atau lelaki diluar sana yang sudah mula ketagih untuk backpack, travel or jalan-jalan. Aku mulakan trip backpack aku yang pertama di Bali. As usual, aku pergi dengan my best partner in crime, Husna. Kami pergi berdua sebab waktu tu aku baru lepas kena dumped jadi aku kira ini adalah momen yang sesuai untuk pergi tenangkan diri. So, our plan was fly to Bali and kembali ke Kuala Lumpur melalui Surabaya selama 6 hari 5 malam.  As a plan, kami pergi October 2015 . Tak ingat exactly date tapi dapat tix murah dari Malindo yang berharga RM 99.00 untuk ke Bali and ticket dari Surabaya  (AirAsia) around RM 79.00. Dah book ticket, go to the next step which is book hostel/homestay/hotel budget. Masa tu, first time tak tahu pasal hostelworld and booking.com so gunalah Trivago. Semua proses tempahan dah buat maka marilah kita pack our beg! Day 1 Tiba di Ngurah Rai International Air...

My Muse

My muse, a dreamer he is. My muse, random thoughts occupy his mind. My muse, crazy girl he is. My muse, he's a lover. My muse, he's gonna be someone. But my muse, deary, you oughta learn to smile.