Skip to main content

MOVING ON

Bismillahirahmanirahim...

''Well I have been searching for all my days, All of my days, many a road you know,I've been walking on, All of my days, And I've been trying to find, What's been in my mind, as the days keep turning into night ''




Sambil menaip aku tengah menghafal lirik lagu Real Steel nie. All My Days by Alexi Murdoch. Banyak2x soundtrack dalam movie tu aku paling suka lagu yang ni sebab lagu dia bernyawa bagi aku. Hidup yang penuh dengan masalah dan masalah beransur pergi. Kebahagiaan yang dinanti tidak kunjung tiba..Entahlah tapi aku kena teruskan hidup juga kan. Lagi banyak pengalaman lagilah mendewasakan aku. Kadang-kadang aku bukan tak nak melayan masalah yang remeh dan kecil tapi aku ada masalah yang lagi besar dari itu. Bukan aku tak kisah pasal masalah kecil itu tapi makin aku fikir lagilah aku tertekan jadi biarlah masalah itu memahami aku sendiri.

Alhamdullilah segala masalah besar semakin beransur pergi dan masalah kecil pula semakin pulih walaupun aku rasa masih ada sisa sisa kecil tapi biarlah aku melalui kehidupan aku seperti biasa. Aku tahu ada seseorang di satu sudut dunia yang berkecil hati dengan sikap aku yang endah tak endah melayan dia. Asyik tak balas text dia. Tak berhubung dengan dia seperti selalu tetapi dia tetap akan kata 'Tak pe I faham U busy'. Sebenarnya aku tak tahu apa yang aku inginkan dalam hidup aku sendiri. Kadang-kadang bukan aku sengaja tapi dugaan yang aku terima memang menduga perasaan aku.

Bukan satu yang berkecil hati dengan aku tapi kemungkinan ramai. Mungkin ada yang kata aku semakin berubah tetapi hakikatnya aku masih seperti dulu cuma masa mematangkan segala pengalaman hidup. Sedarlah bila umur makin meningkat pemikiran kita sendiri akan menjadi lebih matang dan sedar atau pun tidak perbuatan kita akan menyakitkan hati orang sekeliling namun kita tidak akan perasaan situasi tersebut kerana kita hanyalah manusia yang mudah lalai dan alpa dengan tindakan sendiri.

Akhir kata sebelum kita faham diri seseorang sebelum kita menilai diri seseorang tengoklah cermin dan tanya diri kita 'Aku nie faham ke keinginan diri aku?'' Aku nie cukup baik dan layak ke nak menilai orang lain?'' Sebelum membuat apa-apa tindakan fikirlah dulu keputusan dan kesan dari tindakan kita itu sendiri. Jangan asyik terlalu mengikut kata hati tapi berfikir dan bertindaklah dengan cermat. Sekian.

syakila hisam



P/S: Demam sebenarnya masa tengah tulis benda ni kesan dari keluar petang tadi. Haishh inilah kesan dari mengikut kata hati tanpa memikirkan kesihatan sendiri.

Comments

Popular posts from this blog

Gili Trawangan

Trip Ke Gili Trawangan dibuat hanya untuk memenuhi permintaan Husna yang nak sangat pergi dekat Ombak Sunset. Semua orang mengetahui akan keistimewaan yang terdapat di Gili Trawangan. Pastinya semua mengetahui akan kecantikkan air lautnya dan juga keramahan lokalnya. Yang paling best semua makanan seafood di Gili sangat murah. Bayangkan anda dapat makan ikan yang besar set nasi air dengan hanya 20000IDR. Gila kan! Disini saya akan kongsikan serba sedikit trip kami. Perjalanan kami bermula dari Kuala Lumpur. Seperti biasa kami mengambil flight pagi supaya dapat jimat masa untuk berjalan disekitar Lombok. Ticket flight Airasia KUL-LOMBOK berharga RM159. Ini harga promo jadi saya sangat menggalakan anda beli ticket dengan harga promo. Kami sampai ke Lombok tepat jam 12 dan flight kami delay selama 1 jam. Kami dijemput Pak Supir dari Rinjani Resort, homestay yang kami bakal duduk sebelum menuju ke Gili. Pak Supir membawa kami jalan-kalan ke kampung suku kaum sasak. Kami berpeluan...

My Muse

My muse, a dreamer he is. My muse, random thoughts occupy his mind. My muse, crazy girl he is. My muse, he's a lover. My muse, he's gonna be someone. But my muse, deary, you oughta learn to smile.

Dara dan Teruna

29/6/2013 1:51 am Ini hanyalah satu rekaan conversation yang tidak akan pernah berlaku antara seorang dara dan seorang teruna. Anda tidak dibenarkan menggambarkan sesiapa mahupun dimana. Tiada sesiapa yang akan bertanggungjawab diatas kekecewaan dan keretakan didalam hati anda. Ting tong. Seorang teruna melangkah masuk sambil tersenyum. Seorang dara tergamam. 'Bila balik Tanah Melayu?' Dara. 'Dah seminggu'. Teruna 'Ouh sampai bila cuti?' Dara. 'Sampai penghujung bulan tett mungkin'. Teruna 'Kenapa tak bagitau dah balik?' Dara. 'Ermmm..penting ke kena bagitau..' Teruna 'Penting. (baca: tegas) sebab saya nak tahu berapa lama lagi saya kena tunggu seseorang yang tak mungkin akan pandang saya sama macam saya pandang dia.' Dara Teruna pandang Dara. Diam. Kelu. Tiada jawapan. Ting Tong. Dara melangkah pergi. -syakila hisam