Skip to main content

JANGAN MUDAH TERGODA!.

Bismillahirahmanirahim...

Fenomena hari ini,ramai gadis di luar sana yang begitu mudah tergoda dengan Si Jejaka. Dengan hanya sekuntum  senyuman,si gadis sudah mula gila bayang. Dengan hanya berkereta besar,si gadis yakin si dia cukup kaya-raya. Namun ingatlah jangan mudah tergoda dengan sifat yang dizahirkan. Adakalanya pandangan zahir tidak seiring dengan kebenarannya.




1.JANGAN TERLALU MABUK CINTA
 Benar,kalau sudah mabuk cinta itu bukan jaminan membawa bahagia. Namun dalam kalangan kita hari ini, masih ada yang taksub dengan cinta. Si jejaka pula begitu asyik melontarkan kata-kata cinta. Si gadis pula khayal berpanjangan. Ingat berpijaklah di bumi yang nyata.!

2. JANGAN TERHASUT DEK KEINGINAN
 Berhati-hatilah dengan keinginan hati yang melonjak. Berpijaklah di bumi yang nyata. Tidak perlu terlalu mengejar keinginan hati untuk memiliki si jejaka. Siasat dulu latar belakangnya. Mungkin indah khabar dari rupa sahaja.

3.JANGAN TERLALU TERUJA DENGAN POPULARITI
 Seronoknya apabila didekati oleh si dia yang popular di tempat anda belajar. Mentang-mentanglah dia dikatakan THE MOST WANTED BACHELOR, kacak dan ada gaya terus terima cintanya, Kenal pun tidak,mana tahu si dia banyak sikap menjengkelkan? Mana kita tahu kan perangai manusia sekarang.

4. JANGAN PANDANG PADA HARTANYA
 Melihat si jejaka berkereta mewah,anda di sini sudah mula membayangkan yang indah-indah. Jangan begitu! Harta hanya pinjaman,belum tentu membawa bahagia yang berpanjangan.

5.JANGAN TERPENGARUH DENGAN SITUASI
Jangan terlalu terdesak untuk memiliki sebuah cinta. Asalkan ada di kalangan temanmu asyik dengan cinta. Anda juga ingin dikasihi dan disayangi. Sedangkan si jejaka itu bukanlah pilihan yang tepat.

6.JANGAN PERCAYA DENGAN 'KEPERCAYAAN KARUT'
 Gadis masa kini terlalu suka merujuk perihal cinta mereka mengikut zodiak. Kekasih yang begini, disuruhnya jadi begitu. Lama-kelamaan si dia naik bosan dan anda ditinggalkan!. Oleh itu, jangan terlalu taksub mengikut zodiakmu. Cukup sekadar menjalinkan hubungan cinta kamu mengikut keserasian bersama.


syakila hisam


sumber dara.com

Comments

Popular posts from this blog

Gili Trawangan

Trip Ke Gili Trawangan dibuat hanya untuk memenuhi permintaan Husna yang nak sangat pergi dekat Ombak Sunset. Semua orang mengetahui akan keistimewaan yang terdapat di Gili Trawangan. Pastinya semua mengetahui akan kecantikkan air lautnya dan juga keramahan lokalnya. Yang paling best semua makanan seafood di Gili sangat murah. Bayangkan anda dapat makan ikan yang besar set nasi air dengan hanya 20000IDR. Gila kan! Disini saya akan kongsikan serba sedikit trip kami. Perjalanan kami bermula dari Kuala Lumpur. Seperti biasa kami mengambil flight pagi supaya dapat jimat masa untuk berjalan disekitar Lombok. Ticket flight Airasia KUL-LOMBOK berharga RM159. Ini harga promo jadi saya sangat menggalakan anda beli ticket dengan harga promo. Kami sampai ke Lombok tepat jam 12 dan flight kami delay selama 1 jam. Kami dijemput Pak Supir dari Rinjani Resort, homestay yang kami bakal duduk sebelum menuju ke Gili. Pak Supir membawa kami jalan-kalan ke kampung suku kaum sasak. Kami berpeluan...

My Muse

My muse, a dreamer he is. My muse, random thoughts occupy his mind. My muse, crazy girl he is. My muse, he's a lover. My muse, he's gonna be someone. But my muse, deary, you oughta learn to smile.

Dara dan Teruna

29/6/2013 1:51 am Ini hanyalah satu rekaan conversation yang tidak akan pernah berlaku antara seorang dara dan seorang teruna. Anda tidak dibenarkan menggambarkan sesiapa mahupun dimana. Tiada sesiapa yang akan bertanggungjawab diatas kekecewaan dan keretakan didalam hati anda. Ting tong. Seorang teruna melangkah masuk sambil tersenyum. Seorang dara tergamam. 'Bila balik Tanah Melayu?' Dara. 'Dah seminggu'. Teruna 'Ouh sampai bila cuti?' Dara. 'Sampai penghujung bulan tett mungkin'. Teruna 'Kenapa tak bagitau dah balik?' Dara. 'Ermmm..penting ke kena bagitau..' Teruna 'Penting. (baca: tegas) sebab saya nak tahu berapa lama lagi saya kena tunggu seseorang yang tak mungkin akan pandang saya sama macam saya pandang dia.' Dara Teruna pandang Dara. Diam. Kelu. Tiada jawapan. Ting Tong. Dara melangkah pergi. -syakila hisam