Bismillahirahmanirahim... Islam tidak memusuhi cinta. Ini sesuai dengan ciri-ciri Islam sebagai agama yang menepati fitrah manusia. Malah,Islam memandang tinggi persoalan cinta yang tentunya mmerupakan perasaan dan fitrah yang menjiwai naluri setiap manusia. Bagaimanapun Cinta di dalam Islam perlulah melalui pelbagai peringkat keutamaannya tersendiri seperti: 1.Cinta kepada Allah Islam meletakkan cinta yang tertinggi dalam kehidupan manusia, iaitu cinta kepada Allah. Tanpa cinta kepada Allah, perlakuan hamba tidak memberi pulangan yang bererti, sedangkan apa yang menjadi tunjang kepada Islam ialah mengenali dan dan mencintai Allah. Dengan cinta akan mendorong manusia untuk mengabdikan diri kepada Allah serta menerbitkan iman yang mantap. 2.Cinta kepada Rasulullah dan Para Anbia Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, ada disebut: “Diriwayatkan daripada Anas r.a, katanya: Nabi s.a.w bersabda: Tiga perkara, jika terdapat di dalam diri seseorang maka deng...